Sunday, May 30, 2010

Kembara Nusantara 4: Brunei, 2010




Pada tarikh 28 Mei 2010, hari Jumaat, seramai 41 orang pelajar dan 6 orang guru telah menyertai Program Kembara Nusantara 4 di Brunei. Pelajar-pelajar dikehendaki melaporkan diri di Terminal 2, Lapangan Terbang Changi, tepat pada pukul 9.30 pagi. Saya dan adik saya pun berhimpun di sana untuk menanti kehadiran teman-teman yang lain. Inilah kali kedua saya mengikuti program ini dan saya betul-betul berasa ghairah apabila diberi peluang sekali lagi menyertai program ini.



HARI PERTAMA















Selepas mengucapkan selamat tinggal kepada ahli keluarga, kami dan pelajar-pelajar lain pun pergi ke ruang menunggu kapal terbang. Setelah diberi isyarat untuk masuk, kami pun masuk dengan perasaan terharu. Kapal Terbang Royal Brunei ini baru dan ruang di dalam kapal terbang ini sungguh harum serta menyegarkan.



















Penerbangan kami dari Singapura ke Brunei hanya mengambil masa selama 1 jam 45 minit. Kami tiba di Lapangan Terbang Brunei pada pukul 2.30 petang. Di sana, kami disambut dengan meriahnya dan saya amat kagum melihat dua orang warga Brunei berpakaian Melayu lengkap dengan songkok dan samping menjemput kami.





Kami kemudian menaiki bas ke sebuah kilang songket. Di sana, kami ditunjukkan cara-cara menenun songket. Tenunan songket masih dilakukan secara tradisional meskipun zaman sekarang sudah ada pelbagai jenis teknologi. Ini kerana hasil kerja tenunan tradisional lebih halus dan bermutu tinggi dan tiada teknologi yang dapat menghasilkan tenunan songket yang sememangnya menjadi identiti jati masyarakat Melayu di nusantara ini. Harga songket boleh menjangkau sehingga $1200 sehelai dan saya perhatikan songket brunei berbeza dengan songet Malaysia kerana ia sarat dengan motof dan benang emas. Justeru, ia lebih dikenali sebagai kain jong sarat. Di bawah ada sedutan tentang cara membuat songket.




















KAMPUNG AYER
























Setelah itu, kami ke Kampung Ayer. Kami dikehendaki menaiki bot yang dipanggil Tambang oleh orang Brunei. Tambang menaiki sampan itu 50 sen sahaja. Di sana, kami pergi ke sebuah rumah yang besar dan di rumah itu, kami pelajari banyak tentang cara kehidupan di Kampung Ayer. Di sana, kami juga dihidangkan dengan juadah seperti Kelupis, kuih Jala, Cengkurong dan kuih Ardam. Penduduk di sana juga peramah dan sudi ditemu ramah.


Tahukah anda bahawa di kampung air, terdapat kemudahan-kemudahan sama seperti bandar di darat. Contohnya, di kampung itu ada stesen polis, balai bomba, sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah agama dan juga poliklinik. Sekarang, terdapat seramai lebih kurang 200, 000 penduduk di situ. Kampung air ini terdiri daripada kampung-kampung yang lebih kecil dan antaranya ialah Kampung Sembiling. Ada satu insiden menarik yang telah saya lihat, yang membuat saya ingin tinggal di sana. Mereka menangkap ketam dari dapur, kemudian dicuci dan langsung dimasak. Tidak perlu ke pasar! Sungguh menyeronokkan!






Saya telah belajar beberapa kosa kata di sana. 'Air' disebut 'aiying'. Ini adalah satu frasa yang menarik. Kalau di Singapura, remaja menggunakan kekata 'buat bodoh saja' kalau kita tidak hiraukan perbualan seseorang, di Brunei, ia disebut sebagai 'malas ku ingau'.




MAKAN MALAM













Pada waktu malam, kami telah diundang untuk makan malam di rumah kakak salah seorang guru kami, Cikgu Yasmin. Alangkah terkejutnya kami apabila kami ternampak rumahnya, bagaikan istana tersergam indah. Bayangkan, di ruang tamu, seramai lebih kurang 50 orang boleh dimuatkan!
















Di belakang rumahnya, didirikan dua sangkar burung yang besar. Anda hendak tahu berapa besar sangkar tersebut? Bayangkan ada dua ekor burung helang dan seekor burung kenyalang atau hornbill di dalam salah sebuah sangkar tersebut. Di dalam satu lagi sangkar, tersimpan seekor kancil dan pelbagai burung yang saya sendiri tidak pernah lihat. Bolehlah saya samakan sangkar-sangkar ini dengan Taman Burung Mini. Yang lebih menarik, tidak terdapat satu taman haiwan atau taman burung di negara ini.
















Bukan itu sahaja, terdapat sebuah gelanggang bola keranjang di kawasan rumah tersebut. Ada antara kami yang tidak melepaskan peluang untuk bermain di situ. Tuan rumah juga mempunyai empat buah kereta yang besar-besar dan dua buah motosikal. Cikgu Effendy tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan salah sebuah motor itu. Sebelum kami pulang, kami bergambar dengan tuan rumah sekeluarga. Para guru tidak lupa memberikan sedikit buah tangan yang dibawa dari Singapura. Sebagai seorang anak Melayu, kami mengucapkan terima kasih kepada tuan rumah kerana sudi menjemput kami ke rumahnya untuk makan malam.

MAKLUMAT TAMBAHAN YANG DIPELAJARI







Saya diberitahu oleh pemandu pelancong bahawa di Brunei, tidak terdapat rumah anak-anak yatim kerana rakyatnya mempraktikkan sikap kekeluargaan. Sekiranya, ada anak yatim, ahli keluarga yang lain akan menjaga mereka. Anak-anak yatim ini juga diberi bantuan kewangan oleh pihak kerajaan. Seperkara lagi, kami diberitahu bahawa di Brunei, hanya terdapat sebuah rumah tumpangan orang-orang tua yang hanya mempunyai seramai 15 orang penghuni.

Penduduk Brunei tidak dikenakan bayaran cukai pendapatan tahunan. Harga minyak petrolnya hanya 53 sen seliter (di Singapura, harganya lebih kurang $1.80). Di sana sini, hanya kelihatan stesen minyak Shell sahaja.





Tahukah anda mengapa duit paling berharga di Brunei ialah wang nota BND$1? Dengan sedolar Brunei, anda boleh mendapatkan rawatan kesihatan daripada sakit demam biasa hinggalah ke pembedahan kritikal. Dengan sedolar juga, anda boleh menaiki bas mengelilingi Bandar Seri Begawan. Kalau anda lapar, anda boleh beli nasi katok dengan ayam atau daging dengan harga satu dolar sahaja. Kalau haus, beli sahaja minyak petrol kerana ia lebih murah daripada harga sebotol air mineral . Ha! Ha! Ha! Jangan marah, saya bergurau sahaja. Sebenarnya anda boleh membeli sebotol air Coke dengan harga 30 sen sahaja. Seronokkan?

Baru sehari di Brunei, saya dapat rasakan bahawa orang-orang Brunei peramah dan pemurah. Mengapa tidak? Kami belum kenal tetapi sudah dijemput dan dilayan seperti saudara sendiri. Inilah salah satu nilai yang membuat saya rasa terharu. Ternyata nilai-nilai ini masih lagi segar dan dipraktikkan walaupun masyarakat Melayu Brunei, seperti masyarakat Melayu Singapura, terpaksa berdepan dengan cabaran-cabaran modenisasi dan globalisasi. Ia sekali gus membuatkan saya rasa bangga menjadi orang Melayu.










Hari Kedua: Program Immersi









Kami diberitahu untuk bersarapan pada pukul 7 pagi. Sebelum bersarapan, kami mengira jumlah ahli kumpulan kami. Saya dan Raidah menyedari bahawa seorang daripada kumpulan saya dan dia tidak ada di lobi. Kami berdua menelefon mereka menggunakan telefon di meja penyambut tamu. Apabila guru kami semua berkumpul di lobi, saya mula panik kerana mereka berdua belum lagi tiba. Saya dan Nurayan terus bergegas pergi ke bilik mereka. Apabila kami tiba di lobi, semua pelajar yang lain dan guru-guru sedang menunggu kami. Kami ditegur dan dinasihati untuk tidak mengulangi perbuatan kami lagi. Kami dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu Sekolah Menengah Rimba untuk pelajar Geografi dan Sekolah Menengah Awang Semaun dan Sekolah Menengah Saiyidina Hassan untuk pelajar Melayu.


























































































































































Sekolah Menengah Awang Semaun



























Perjalanan ke Sekolah Menengah Awang Semaun mengambil kira-kira 45 minit. Namun perjalanan semakin jauh apabila kami terpaksa menghantar sebahagian daripada pelajar Geografi ke Sekolah Menengah Rimba. Di masa-masa genting sebegini, kita wajib membantu satu sama lain. Kami ingatkan bahawa Sekolaah Awang Semaun dibina di atas air sepenuhnya tetapi tidak. Setibanya di sana, kami dibawa ke ruang persidangan. Pembukaannya adalah taklimat tentang Sekolah Menengah Awang Semaun. Selepas itu, giliran sekolah kami untuk memberi kata aluan dan menjelaskan tentang projek darmawisata kami yang bermatlamat untuk mendalami budaya Melayu di Brunei Darussalam. Setelah itu, kami diperkenalkan kepada keluarga angkat kami. Mereka pun menjemput kami bersarapan pagi. Kami juga diberi "crash course" tentang dialek Brunei oleh Cikgu Husaini selepas makan. Cikgu Haziq mengemas kini jadual kami untuk hari seterusnya. Kemudian kami dibahagikan kepada kelas masing-masing. Saya dan Zulfikar mempelajari Matematik dan Sains Kimia. Mereka mempunyai sebuah Pusat Matematik yang berhawa dingin dan dilengkapi dengan peralatan bantuan bagi pembelajaran Matematik. Pelajar kelas saya iaitu 9SC2 berasa malu untuk berinteraksi bersama saya dan Zul. Waktu sekolah mereka tamat pada pukul 12.30 tengahari dan pada sebelah petang, mereka menghadiri sekolah ugama. Sekolah Menengah Awang Semaun setengah di atas air dan setengah lagi di darat. Sekolah ini juga mempunyai 100% pelajar Islam. Oh ya! Saya juga diberitahu bahawa Sekolah Menengah Awang Semaun baru sahaja menerima pembaharuan sebuah stadium setelah dikunjungi secara terkejut oleh Sultan Hasanal Bolkiah. saya amat kagum dengan sikap Sultan Brunei yang dermawan dan sentiasa prihatin akan hal ehwal rakyatnya.



Informasi tentang pendidikan di Brunei

Di Brunei, semua pelajar mesti memakai tudung walaupun mereka tidak memeluk agama Islam. Mereka juga menduduki Peperiksaan Peringkat 'O' seperti pelajar di Singapura. Akan tetapi, mereka sudah berhenti mengambil Peperiksaan Peringkat 'N'. Biaya pendidikan di Brunei Darussalam adalah percuma kerana semuanya ditampung oleh kerajaan. Selain itu, setiap pelajar dimestikan mengambil mata pelajaran P.U.I iaitu pelajaran ugama Islam. Ini kerana Sultan Brunei percaya bahawa pembekaran agama itu penting bagi mempersediakan generasi muda untuk cabaran globalisasi.

Homestay di Kampong Ayer

Kami kemudian dihantar oleh guru-guru SMAS pulang ke rumah keluarga angkat masing-masing dengan menaiki tambang. Saya dapat melihat perbezaan antara satu rumah dengan satu rumah di Kampong Ayer. Namun begitu melalui pemerhatian, rumah-rumah di Kampung Ayer mempunyai ruang tamu yang sungguh gah dan cantik belaka. Mungkin ini boleh dikaitkan dengan sikap mereka yang sentiasa ingin memberikan yang terbaik kepada para tetamu. Lagi satu, di setiap rumah pasti akan ada gambar Sultan dan Permaisuri.


Saya, Natasha, Cikgu Liza dan Cik Ijah tinggal bersama Cikgu Siti. Rumah Cikgu Siti sungguh cantik sekali. Rumahnya mempunyai ruang tamu yang seperti rumah di bandar. Semua bilik dan ruang tamunya berhawa dingin. Cikgu Siti juga mempunyai seorang pembantu rumah yang baik dan peramah. Dia selalu menghidangkan kami makanan yang enak-enak dan tidak lokek dengan senyuman. Cikgu Siti melayan kami seperti keluarganya sendiri dan membuat kami selesa menumpang di rumahnya. Selepas makan tengahari, kami berdua bersama Cikgu Liza dan Cik Ijah bersiar-siar di Kampong Setia dan menikmati pelbagai jajan di situ. Saya dan Natasha sempat bergambar bersama kumpulan bot naga Brunei. Setelah penat berjalan, kami pulang ke rumah dan dijemput makan malam. Makanan yang dihidangkan berbeza dengan makan harian di Singapura. Kami dihidangkan dengan ikan bakar yang dicecah dengan kuah asam. Sambal mangga juga membuka selera makan kami. Selesai makan, kami membersihkan diri dan mula membuat kerja. Pengalaman hari ini betul-betul merangsang minat kami terhadap bahasa dan budaya kami sendiri.




















Maklumat tentang Cikgu Siti




















Cikgu Siti merupakan seorang anak nelayan yang berjaya belajar hingga ke menara gading berkat kegigihan ibunya yang bertungkus lumus bekerja selepas kematian bapa Cikgu Siti. Mendengar kisah Cikgu Siti, saya berasa terharu dan kagum. Ini membuat saya semakin percaya dan yakin bahawa kemiskinan tidak akan menghalang cita-cita kita untuk berjaya dan meraih ijazah. Cikgu Siti ialah seorang guru Geografi dan dia amat prihatin akan alam sekitar. Dia dan guru-guru Sekolah Menengah Awang Semaun sekarang sedang mencuba untuk menyelamatkan Sungai Brunei daripada pencemaran manusia. Lagi satu yang menarik apabila saya berbual dengan Cikgu Siti, kami dapati bahawa halaman rumah Cikgu Siti yang bagaikan sebuah taman mini pernah dikunjungi oleh Sherina, anak kepada Chef Wan. Mereka telah menggunakan taman pelantar Cikgu Siti sebagai sebuah lokasi penggambaran.




































































































































Hari Ketiga:Temburong












Saya, Natasha, Cikgu Liza dan Cik Eja menaiki speed bot ke Kianggeh Speedboats Hub dan berkumpul bersama yang lain. Kemudian kami dibahagikan kepada dua kumpulan untuk menaiki bot yang dipanggil "flying coffin". Perjalanan ke Temburong mengambil masa 45minit. Disebabkan perjalanan kami yang agak lama, kami diberi beberapa maklumat tentang Temburong oleh . Ms Kaur juga berkongsi pengalamannya ketika menaiki "flying coffin" disember lalu bersama dua guru. Mereka terpaksa berhenti ditengah-tengah laut selama 2 jam kerana hujan lebat dan pemandu bot tidak dapat melihat tiang dengan jelas. Pada akhir tahun di Brunei, mereka mengalami cuaca hujan. Bersyukurlah, bulan Jun cuacanya agak panas dan perjalanan kami ke Temburong berjalan dengan lancar. Sebelum kami menaiki bas ke Ulu Temburong Park, kami membeli minuman dan makanan ringan kerana disana tidak ada kedai.











Kemudian kami harus menaiki Temuai bot untuk ke Ulu Temburong Park dan kami dikehendaki memakai jaket pelampung. Satu bot mempunyai 6 hingga 8 orang. Ia kerana pelajanannya selama 45minit, kami dapat melihat pemandangan yang sungguh indah dan menikmati udara segar. Apabila semua sudah tiba, kami dijemput makan kueh tradisional Brunei. Kemudian kami memulakan trekking. Pada awalnya saya berasa sangat ghairah tetapi selepas itu, ia sangat melelahkan. Terutama sekali apabila kita perlu memanjat tangga. Kami juga menjadi kotor kerana kami harus menaiki bukit yang berlumpur. Akan tetapi, ia adalah satu pengalaman yang teramat menarik. Ini kerana ia telah mengajar saya untuk tidak mudah menyerah apabila menghadapi apa pun cubaan dan kesulitan. Semua pelajar berjaya menghabiskan hingga di canopy. Dua pelajar berasa tidak sihat dan dibantu oleh pelajar yang lain. Apabila waktunya untuk kembali ke tempat permulaan, dengan tidak berlengah lagi saya terus turun bersama Nurayan, Jaffer, Zul, Huda, Ainon, Mr Wong, Syazwana, Iskandar dan Natasha. Apabila kami sudah tiba, kami diberi kebenaran untuk bermain air di sungai. Kami mencuci kasut kami yang penuh lumpur di air. Beberapa minit kemudian, kami semua makan tengahari yang telah disiap oleh pekerja di sana. Selepas makan, guru-guru dan pelajar sempat bermain air di sungai. Kami menaiki Temuai bot sebelum pulang menaiki bas. Pada waktu itu, ia mula hujan renyai-renyai. Selepas itu, kami menaiki "flying coffin" ke Kianggeh. Kami dijemput keluarga masing-masing.













































































Membeli-belah dan makan malam bersama Keluarga angkat


































































Cikgu Siti membawa saya, Natasha, Cikgu Liza dan Cik Eja ke Pasar Malam. Kami dapat berbelanja dan merasa makanan Brunei. Kebetulan, Daliah dan Asyiqin juga sedang membeli makanan di sana.











Selepas puas berjalan di Pasar Malam, Cikgu Siti membawa kami ke The Mall iaitu pusat membeli-belah yang terbesar di Brunei. Tempat meletak sangat penuh tetapi saya dapati orang di Brunei teramat penyabar sekali menunggu hingga mereka menemui tempat meletak kereta. Kebetulan, rakan Cikgu Siti ingin keluar dan Cikgu Siti dapat tempat untuk meletak keretanya. Saya dan Natasha pergi membeli-belah dan terserempak dengan Raidah, Ainon dan juga ibu angkat mereka.











Pada pukul 7.30 malam, kami merancang untuk pulang ke rumah. Akan tetapi, kami tidak sangka bahawa Cikgu Siti membawa kami bermakan malam di Restaurant. Apabila semua hidangan ada diatas meja, kami semua sedar bahawa kami mempunyai enam hidangan. Dua daripadanya ialah dari saya dan Natasha. Kami semua tidak boleh menghabiskan makanan dan menyuruh makanan dibungkuskan.











Kemudian kami tiba rumah dalam pukul 9.45 malam.

























































































































Hari Keempat
























































































Kami semua yang tinggal di Kampong Ayer berkumpul di Sekolah Menengah Awang Semaun pada pukul 7 pagi. Kemudian kami menaiki bas untuk ke Sekolah Menengah Saiyidina dan berkumpul bersama dua kumpulan yang lain. Setibanya di sana, kami dibawa ke perpustakaan mereka dan juga bersarapan pagi. Sebelum pergi ke Batong, kami mempunyai sesi berkenalan bersama Guru Besar Sekolah Menengah Saiyidina Hassan dan juga diberi sedikit informasi tentang Batong.













































































Batong


































































Setelah itu, kami menaiki bas ke Batong. Kami diberi beberapa arahan dan informasi untuk kerja kami. Kami semua dapat mencuba bagaimana untuk menanam padi dan dapat menikmati spa lumpur yang percuma. Kami dapat memandu dan menaiki traktor. Pengalaman sungguh menarik sekali kerana Singapura tidak mempunyai tanaman padi. Apabila sudah waktu untuk berkumpul, kami pergi membersihkan diri. Kemudian kami memakan kueh-mueh Brunei dan diberi masa untuk menanya soalan untuk kerja kami.


































































Sekolah Menengah Saiyidina Hassan


































































Kami pulang ke Sekolah Menengah Saiyidina Hassan. Guru-guru di Saiyidina Hassan membuat demonstrasi untuk membuat Ambuyat. Selepas itu, kami dijemput untuk makan tengahari lagi. Selesai makan kami diberi masa untuk membuat kerja dan juga kami membincangkan tentang persembahan kami pada hari terakhir di Brunei. Kami bercadang untuk menyanyikan lagu 'we are the world'. Kemudian, beberapa pelajar dan madam rozainah merubah sedikit lirik lagu itu dan kami pun memulakan latihan. Selepas beberapa latihan, kami makan lagi dan beberapa pelajar bermain bola diantara Brunei dan Singapura. Apabila waktu pulang, keluarga angkat mengambil anak masing-masing. Akan tetapi, pada hari itu Zulfikar sakit. Kami, keluarga angkat Cikgu Siti menghantar Zul ke Klinik. Kemudian menghantarnya pulang. Kami tiba di rumah agak-agak pukul 5.45pm.


































































Makan Malam


































































Kami membersihkan diri dan kemudian berangkat ke Kianggeh menaiki kereta Cikgu Siti. Perjalanan sungguh lama dalam 45minit. Kemudian kami menaiki bas untuk ke rumah Pihen, Minister of Foreign Affairs Brunei Darussalam. Setibanya di sana kami dijemput dengan keluarganya. Mereka sungguh peramah sekali. Rumahnya sungguh besar sekali. Kami sempat bergambar bersama Pihen, Isterinya dan juga anaknya. Terperanjat saya apabila mendapat tahu bahawa anaknya berumur 17 tahun seperti saya. Kemudian kami makan malam dan juga masih mengambil gambar. Kami berasa penat dan pening kerana kami tidak berhenti mengambil gambar seperti seorang selebriti. Waktu pulang, kami mengambil gambar berkumpulan di tangga bersama Pihen dan Isterinya. Kami menaiki bas ke Kianggeh.











Cikgu Siti menunggu kami di Kianggeh dan sempat membawa kami mengambil gambar di Masjid.

























































































































Hari Terakhir



































































































Pelajar yang tinggal di Kampong Ayer berkumpul di ruangan sidang Sekolah Menengah Awang Semaun. Kemudian kami memberi hadiah kepada SMAS dan sebaliknya. Kami juga diberi diari sekolah mereka dan kami juga menanda tangan di sebuah buku. Kami mengambil gambar bersama Guru Besar SMAS.
























































































Upacara perpisahan di Sekolah Menengah Rimba


































































Selepas itu, menaiki bas ke Sekolah Menengah Rimba di mana upacara perpisahan diadakan. Upacara dimulakan dengan tarian, silat, menukar hadiah diantara pelajar Geography dan Sekolah Menengah Rimba, refleksi oleh setiap wakil dari empat sekolah, persembahan oleh semua sekolah - menyanyikan lagu 'We are the world'. Terakhir sekali ialah pertandingan membuat Ambuyat. Cikgu Liza dan kumpulannya(Syahirah Rosman, Asyikin, Syahir dan Faridah) ialah pemenang yang pertama. Madam Yasmin yang kedua dan Cikgu Effendy ketiga. Selepas itu, kami dijemput makan. Kami juga mengambil kesempatan untuk bersama rakan Brunei kami dan meminta facebook mereka supaya masih dapat berkomunikasi. Akhir sekali kami mengambil gambar bersama sebelum berpisah.


































































Kami kemudian menaiki bas ke tempat yang ada di jadual kami iaitu Royal Regalia, Jame' Asri Hasanil Bolkiah Grand Mosque, pasar untuk membeli-belah dan juga The Mall.


































































Kami berangkat ke Brunei International Airport, kawan Brunei kami berada di sana. Kami berbual bersama mereka dan bergambar sebelum kami berangkat. Tidak lama kemudian, kami menaiki kapal terbang dan tiba di Singapura.
























































































Reflection























































Tentu sekali, kami semua merindui Brunei. Dengan darmawisata ini, kami dapat berkenalan dengan pelajar lain dan merapatkan kami. Saya dapat mempelajari pelbagai perkara dari sejarah Brunei ke kehidupan seharian. Saya juga dapat pelajari perbezaan dan persamaan diantara Singapura dan Brunei. Sikap orang Brunei yang rendah diri, bersabar, bersatu dan murah hati telah membuat saya kagum dengan mereka.














































































































Raudhah 5N1



















































No comments: