Tuesday, March 10, 2009

Kembara Nusantara 3: Sarawak

Pada tanggal 26hb Jun 2009,pelajar-pelajar terpilih telah menghadiri sebuah darmawisata ke Sarawak.Darmawisata yang dinamakan "Kembara Nusantara 3" ini bermatlamat untuk member peluang kepada pelajar Melayu Sekolah Menengah First Toa Payoh mengenali budaya dan tradisi orang-orang Melayu yang berada di negeri lain selain Singapura.Selain iyu, ia juga merupakan sebuah persada untuk pelajar-pelajar melatih diri tentang cara-cara menyelenggarakan sebuah darmawisata apabila mereka memerhatikan apa yang telah dilakukan oleh ketua kumpulan masing-masing.

Rombongan sekolah mula berangkat dan menuju ke Lapangan Terbang Senai pada sekitar 4pagi,hari destinasi iaitu Lapangan Terbang Senai, Johor. kami selamat tiba di Lapangan Terbang Senai sekitar jam 7 pagi.Dari situ,kami pun menaiki kapal terbang Air Asia dan terus menujuke arah Sarawak.Penerbangan tersebut mengambil masa selama 4 jam sebelum kami tiba di Lapangan Terbang Kuching.Setibanya kami di sana,kedatangan kami disambut seorang pemandu pelancong yang bernama Josef.Selepas berhimpun di dalam bas yang disediakan,kami terus dibawa ke Perkampungan Budaya Sarawak(Sarawak Cultural Villlage).Menurut beliau,kami akan menginap di sana buat satu malam.Sebelum tibanya kami di sana,kami telah berhenti buat seketika di kawasan pasar bandar Kuching.Di situ,kami diizinkan bersarapan sebelum meneruskan perjalanan ke Perkampungan tersebut.

Di Perkampungan Budaya Sarawak,kami diketuai oleh dua orang pegawai Perkampungan tersebut.Di sana, kami berpeluang untuk merasai bagaimana rasanya tinggal di rumah panjang Orang Iban.Selepas diberikan tempat berasingan tidur malam,kami dipelawa pegawai perkampungan tersebut untuk menghadiri sebuah persembahan budaya yang akan diadakan pada hari itu.Persembahan informatif itu bukan sahaja menarik dan menakjubkan,malah ia dapat menambahkan pengetahuan kami mengenai jenis-jenis tarian mereka dan upacara apa akan dipersembahkan tarian itu.Selepas persembahan tersebut,kami pun menjamu selera makan tengahari.

Kami dibenarkan rehat buat beberapa minit di rumah panjang selepas makan tengahari.Selepas itu,kami serombongan dibawa keliling perkampungan tersebut untuk mengetahui lebih mengenai jenis-jenis kumpulan dayak di Sarawak dan budaya mereka.Seperti orang Melanau,Rumah mereka dibangun tinggi dari tanah.Ia mungkin dalam ukoran dua tingkat tinggi.Ini adalah untuk mengelakkan dari pencerobohan musuh.Ia juga dapat membantu Orang Melanau mengawasi apa-apa yang berada di bawah rumah mereka.

Sesuatu yang menangkap perhatian saya adalah tempat tidur pasangan orang Melanau yang baru diijabkabulkan seperti yang ditunjukkan dalam gambar berikutt.Katil Perkahwinan mereka diletak di tingkat paling tinggi rumah tersebut.Apab
ila saya menanyakan ini kepada pegawai bertugas,beliau berkata bahawa ini adalah sebagai tanda hormat kepada yang baru diijabkabulkan.Hairan sungguh saya apabila mendapat tahu bahawa orang Melanau adalah sekumpulan orang dayak yang tinggal bersama kelompok mereka di bawah satu bumbung.

Kami dapat melawat kesemua jenis rumah orang dayak,rumah orang Melayu dan rumah orang Cina.Selepas lawatan tersebut,sekali lagi kami menjamu selera makan malam di Restoran Perkampungan itu.Selepas jamuan tersebut,dapatlah kami bersiram untuk bersedia buat senja malam.Perkara yang tidak dapat saya lupakan buat masa itu adalah apabila kami dimaklumkan bahawa tandas yang ada di rumah panjang yang kami menginap kebocoran paip.Tanpa pilihan lain,kami harus meng
gunakan tandas awam untuk mandi.Ada juga dalam kalangan kami yang tidak mandi pada malam itu kerana terasa sangat letih.Ada juga yang terus tidur selepas mandi dan tidak menjamu makanan yang disediakan oleh pegawai di situ buat makanan larut malam. Bagi saya dan rakan-rakan saya yang lain,kami menggunakan masa sebelum tidur untuk bersembang sambil menghirup teh yang panas.Terasa bosan untuk berduduk diam,kami berlima memilih untuk mempelajari sedikit sebanyak mengenai budaya kami sendiri,iaitu Silat.kami berasa sangat seronok melihat langkah masing-masing sebelum Cikgu Liza mencelah dan menyuruh kami untuk masuk tidur. Terpaksalah kami masuk tidur kerana esok harus bangun awal. Dengan itu,tamatlah hari pertama kami di Sarawak...

HARI KEDUA




Selepas mandi,kami semua bersiap sedia sebelum ke aktiviti seterusnya sambil mengemas baju kerana sudah ketahui bahawa kami akan keluar dari Perkampungan tersebut selepas aktiviti itu.Aktiviti seterusnya adalah merentas hutan untuk ke Air Terjun yang berdekatan dengan perkampungan itu. Alangkah gembiranya kami semua kerana rakan-rakan yang sebelumnya ada memberitahu bahawa kita pasti akan ke air terjun untuk mandi sungai. Sebelum ke Air Terjun tersebut, kami diberi masa untuk bersarapan.Jaraknya Perkampungan tersebut dan Tapak Permulaan Hutan itu adalah sekurang-kurangnya satu kilometer.Kami dikehendaki berjalan kaki ke sana. Kata ketua disiplin kami, Hazmi dan Katijah, kami harus berjalan dalam satu barisan ketika di jalan raya. Kami juga harus berhati-hati dan jika ada kereta, orang hadapan atau belakang harus memberitahu yang lain. Maklumlah, malang tidak berbau.Selepas merentas hutan yang cukup tebal itu,kami akhirnya tiba di Air Terjun tersebut.kami dibenarkan mandi di Air Terjun itu buat beberapa minit sebelum kami memulakan perjalanan pulang ke Perkampungan Sarawak.Setibanya di Perkampungan Sarawak,kami semua bergegas pergi ke rumah panjang untuk menukar ke pakaian yang kering. Namun sebelum pulang, sempat juga saya merakamkan klip cara menenun kain Pua Kumbu. Itu pun ketua kumpulan saya. Kak Fazlina, yang suruh kerana dia minat dengan seni fesyen.






Makan Tengahari di Restoran tepi pantai




Akhirnya kami semua berhimpun di Tempat perhimpunan Perkampungan tersebut.kami diberikan ucapan terakhir dari pegawai-pegawai di sana sebelum menaiki bas.kami dapat memetik beberapa gambar bersama pegawai-pegawai tersebut untuk dijadikan kenangan sebelum menaiki bas.Kami teruskan perjalanan di dalam bas dan menuju ke arah Sebuah Restoran untuk menjamu makan tengahari.Restoran tersebut terletak di tepi pantai.Makanan di sana enak belaka.Selepas menjamu selera,kami teruskan perjalanan kami....

Muzium Sarawak
Setibanya di Muzium,kami dapat lihat pelbagai barang-barang purba seperti senjata-senjata lama,pakaian tradisi Sarawak dan sebagainya.Muzium tersebut amat berdekatan dengan Hotel yang akan kami tinggal buat malam kedua dan ketiga.Saya dan rakan sesekolah dapat membeli sebatang sumpit Sarawak yang dijual di situ. Malumlah sudah biasa bermain senapang, hendak juga mahir dalam senjata tradisional kita. Sayang di muzium, kami tidak dibenarkan mengambil gambar.

Makan Malam
Selepas melawat Muzium Sarawak,kami dibawa ke sebuah restoran untuk makan malam.Makanan di sana semuanya enak sekali.Oleh kerana saiz restoran itu begitu kecil,ini membuat saya rasa bahawa restoran itu telah disediakan khas buat sekolah kami sahaja.Selepas selesai makan dan berasa kenyang,kami pun meneruskan perjalanan ke hotel untuk berehat.Dengan itu,tamatlah hari kedua kami di Sarawak.




Hari Ketiga

Sarapan
Saya dan rakan karib sesekolah,Haiquel,berasa terkejut sekali apabila hendak menjamu selera sarapan di hotel.Hidangan sangat mewah dan memuaskan.Oleh kerana hidangan makanan adalah cara bufet,kami mengambil makanan dengan secukupnya kerana telah mengetahui bahawa kami akan pergi ke pelbagai tempat hari itu.Tidak kami lepaskan peluang mengisi perut ini,maklumlah makanan bertaraf lima bintang! Minuman panas dan dingin juga disediakan secukupnya.Sesudah makan,kami pun naik ke bilik untuk bersiap sedia sebelum keluar bersiar-siar.



Muzium Kuching
Di Muzium Kuching Sarawak(Cat museum),pelbagai pameran dan pertunjukan mengenai Kuching yang disediakan.Ia memberikan kami sedikit sebanyak pengetahuan akan mengenai asal-usul Negeri Sarawak.Daripada lawatan tersebut,saya dapat pelajari jenis-jenis kuching yang ada di dunia.Di sana juga terdapat kedai cenderamata,kebanyakan berkaitan dengan kuching telah dijual buat pelancong-pelancong yang melawat Muzium tersebut.

Menara Kuching (Tower )
Apabila tiba d
i Menara Bandar Kuching,kami dibawa ke tingkat paling atas Menara tersebut.Pemandangan dari menara itu amat luas dan indah sekali.Kami dapat lihat Tempat Penginapan kami iaitu HOTEL MERDEKA.Terdapat juga di sana beberapa kedai barangan cenderahati.Kami diberikan masa untuk menikmati pemandangan di situ.Selepas puas menikmati pemandangan,kami terpaksa pergi meninggalkan Menara tersebut dan sambung dengan pengembaraan kami pada hari itu.

Pusat Rehabilitasi/ Pemulihan Orang Utan




Orang Utan Rehabilitation Centre adalah sebuah pusat di Sarawak yang menjaga orang utan-orang utan liar.Apabila tiba di sana, kami terpaksa berjalan kaki dari tempat masuk Pusat tersebut untuk ke Tempat penjagaan mereka.Amat jauh perjalanannya tetapi,apabila saya dapat lihat dua ekor Orang Utan yang sedang berhayun di pohon setibanya di sana,saya berasa bahawa perjalanan tersebut adalah sangat berbaloi.
Orang utan yang ada di sana kelihatan sangat comel dan jinak.Meskipun begitu, terdapat sebuah peristiwa yang berlaku di pusat tersebut yang mengajar kita bahawa perilaku sesuatu tidak sama dengan penampilannya secara luaran.Peristiwa tersebut melibatkan seorang wartawan gambar dari negara Eropah.Beliau sebenarnya sedang membuat dokumentari mengenai Orang Utan.Dengan tidak mengendahkan nasihat Pegawai Keselamatan Pusat tersebut,wartawan itu pun memasuki pekarangan Orang Utan dengan tekad untuk mendapatkan gambar-gambar yang dekat supaya dia dapat menangkap kehidupan sebenar orang utan itu.Tanpa pengetahuan wartawan degil itu,beliau telah berpeluang secara tidak sengaja bersemuka dengan Orang Utan yang paling garang di pusat tersebut. Dengan riang,beliau dengan pantas mengeluarkan kamera daripada begnya dan berusaha untuk memetik seberapa banyak gambar yang boleh beliau perolehi pada masa itu.Dalam usaha beliau mendapatkan gambar-gambar tersebut,wartawan itu dapati bahawa orang utan itu telah pun menghilangkan diri.Tanpa beliau sedari,orang utan itu sudah pun berada di hadapannya.Bukan itu sahaja,Orang Utan itu sempat menyelukkan tangannya ke dalam seluar wartawan tersebut lalu memulas kemaluannya kerana ia ingatkan bahawa kemaluannya itu adalah sejenis buah.Sunggah malang nasib wartawan itu. Lantas,ini adalah satu pengajaran kepada semua bahawa Orang Utan bukannya sebaik apa yang kita fikirkan. Tak semestinya mereka kecil dan nampak comel, mereka tidak kuat dan boleh mencederakan kita.Walaubagaimanapun kami berasa amat berpuas hati selepas dapat ketahui sedikit sebanyak mengenai habitat Orang Utan dan kehidupan mereka. Pengalaman di sana juga mengajar kita betapa pentingnya menjaga hutan dan kehidupan liar agar ia tidak pupus dan dapat dinikmati oleh anak cucu kita dewasa nanti.




River walk / Bersiar-siar di sungai Sarawak











Selepas ke Semenggoh Orang Utan Sanctuary', kami pun menuju ke 'Waterfront Kuching' yang terletak di bandar Sarawak. 'Waterfront' ialah sebatang sungai yang semula jadinya di sepanjang Utara sehingga Selatan Sarawak. Sungai ini sering digunakan oleh penduduk-penduduk kampung untuk ke bandar sejak tahun 60-an. Tempat ini juga tidak begitu jauh daripada hotel penginapan kami. Apabila tiba di sana, kami diizinkan guru untuk membeli-belah dan menikmati pemandangan yang cukup indah sekali di situ. Berhadapan dengan "Waterfront" terdapat sebuah bangunan yang penuh bersejarah iaitu bernama "Astana". Untuk ke sana kami dikehendaki menaiki sampan untuk melintas sungai tersebut. Waterfront ini juga mengajar kami bagaimana perbandaran Sarawak dikehendalikan. Ia juga menyedarkan kami tentang kepentingan sungai dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu dahulu dan sekarang.

Makan tengah hari

Selepas penat melawat ke sini sana, kami pun akhirnya dibawa ke sesebuah restoran untuk menikmati makanan tengahari. Rombongan kami telah memenuhi lebih dari setengah tempat duduk restoran tersebut. Sambil menikmati makanan yang terhidang, kami bertukar pendapat mengenai lawatan-lawatan yang telah kami ikuti sepanjang tiga hari itu di Sarawak. Ada yang berkata bahawa mereka telah pun merindui keluarga di Singapura manakala ada juga di kalangan kami yang ingin memanjangkan tempoh darmawisata ini supaya dapat mempelajari lebih banyak mengenai sejarah Sarawak.

Cheshire Home/ Rumah OKU Cheshire



Selesai menikmati juadah yang tersedia, kami pun meneruskan kunjungan kami ke sesebuah rumah tumpangan orang cacat. Di situ kami diberikan satu jam untuk meluangkan masa dengan penumpang-penumpang di situ. Ada yang mengajar mereka Bahasa Inggeris, ada yang bermain-main bersama mereka dan ada juga yang belajar membuat kraf tangan daripada mereka. Penghuni-penghuni di situ kelihatan sangat gembira dengan kehadiran kami. Kekurangan mereka telah menyedarkan kami untuk bersyukur akan kesempurnaan yang kami perolehi. Tidak sekadar itu, kami juga sedar bahawa kami juga boleh mempelajari banyak perkara daripada kehidupan mereka. Pada akhir lawatan, Cikgu Kamil memberikan habuan yang telah kami beli pada awalnya untuk seorang paderi yang menjaga rumah itu.

Kilang Lada Hitam




Kami kemudian meneruskan darmawisata ke sebuah kilang lada hitam. Kilang itu terletak tidak berapa jauh daripada rumah Cheshire. Menurut ketua rombongan kami, Encik Josef, Sarawak merupakan pengeksport lada hitam yang utama di rantau Asia ini. Disebabkan lada hitam juga, negeri Sarawak telah dijajah oleh kerajaan Inggeris agar mereka dapat berdagang lada hitam di Eropah. Sebelum memasuki kilang itu, kami harus memakai penutup muka untuk melindungi hidung kita daripada habuk lada hitam.

Pengedar Kuih Lapis


Setibanya di rumah Pengedar Kuih Lapis, Sarawak, kami terpegun melihat jenis-jenis kuih lapis yang ada. Mereka mempunyai perisa-perisa yang sangat unik dan enak. Contoh-contohnya adalah, perisa durian, perisa cempedak dan macam-macam lagi. Selepas merasai contoh-contoh kuih lapis yang disediakan, ramai di antara kami membeli beberapa jenis kuih lapis sebagai oleh-oleh untuk dibawa pulang ke Singapura.

Kilang Tembikar








Di 'Pottery Factory' kami dapat melihat cara-cara bagaimana untuk membuat pasu daripada tanah liat. Kami juga berpeluang untuk membuat pasu tetapi dengan pemantauan pekerja kilang tersebut. Malangnya, ia agak sukar untuk membentuk pasu. Lihatlah sendiri rakaman ini, Cikgu Kamil pun menghadapi masalah. Sebelum berangkat kami juga dapat membeli cenderamata pasu untuk dibawa pulang ke Singapura.

Toko-toko cendera mata







Sebelum meneruskan perjalanan ke tempat yang seterusnya, kami sempat singgah ke beberapa tempat membeli-belah cenderamata yang cukup terkenal di Sarawak. Apabila di sana, ramai pelajar-pelajar kelihatan sibuk memilih cenderamata-cenderamata untuk dibawa pulang. Sebelum meneruskan perjalanan pulang ke hotel, kami pergi ke sesebuah tempat makan untuk menjamu selera makan malam yang menghidangkan makanan-makanan laut yang segar dan enak. Ia merupaka pusat penjaja makanan laut.






Pulang ke hotel




Setelah seharian mengunjungi banyak tempat di Sarawak, akhirnya dapatlah kami pulang ke hotel. Badan ini terasa sangat letih sekali. Walaubagaimana pun, pengalaman kami seharian itu tidak akan dapat dilupakan.

Hari Keempat



Akhir sekali, setelah bersiap sedia untuk pulang ke Singapura, kami diizinkan guru untuk beriadah dan berehat sambil menantikan masa untuk ke lapangan terbang Sarawak. Untuk memenuhi masa-masa tersebut, ada pelajar hanya memilih untuk berehat sahaja di bilik hotel manakala ada juga pelajar yang memilih untuk bersantai di kolam renang di hotel tersebut.





Perjalanan pulang

Perjalanan menaiki kapal terbang untuk ke lapangan terbang Senai,Johor mengambil sekurang-kurangnya dua jam. Kami menaiki bas dari situ dan teruskan perjalanan ke Singapura. Setibanya di sekolah, kami pun bersurai dan pulang ke rumah. Meskipun rindu kepada keluarga terubat, rindu kepada Sarawak mulai menyelubungi sanubari. Inilah pengalaman manis di Sekolah Menengah First Toa Payoh yang saya tidak akan dapat lupakan.






Rumusan - Darmawisata ke Sarawak telah memberi pelajar-pelajar First Toa Payoh pelajaran dan pengalaman yang sukar di lupakan. Darmawisata ini telah mengajar pelajar-pelajar sedikit sebanyak mengenai tradisi dan cara kehidupan orang-orang di Sarawak. Tanpa inisiatif ini, pelajar-pelajar First Toa Payoh mungkin tidak akan dapat mengetahui budaya dan tradisi orang melayu di negara lain seperti Sarawak.
Jaffer
4N1